FIRST POSTING - 23Apr2011
#
ORIGINALLY CREATED BY : Oh! Media FM ~ Family
TOPIC with : DJ Sisi Azie Hassan
MACAMANA NAK PASTIKAN KITA NI CERIA JE.. EVEN ADA PROBLEM?
BACALAH ANTARA TIPS DARI RAKAN-RAKAN SEMUA.
Komen Rakan-Rakan OHMedia.FM - Thank you korang !
*
CherryBerry Bunnys : senyum selalu ~~~
*
Ratu Bunian : pujuk n berbicarala dngn aty..
*
Hafizuddin Hashim : senyum slalu n jgn fikirkan tntg problem yg kit ada
*
Hanafi Abdullah : layan lagu Friday. sebab hari ni hari Friday. Thanks Rebecca Black (mata pandang atas, tangan di dada, buat muka pelik)
*
Siti Munirah: senyum jer walau tngah serabut~~~hihihi
*
Hasyimie Wahab : pakai topeng yg tertera ceria..ha3..
*
Zaid Isma Omar : senyum umpama suria yang membawa cahya..senyum la dari hati dunia mu berseri....
*
Ogy Menyot : nk ceria je?? register kolej tanjung rambutan la pe lagi :)
*
Tupperware Kecik : tido x payah bangun2..
*
Xaphan Reckson : stiap org akan ade problem,,,
juz hadapi dgn snyuman,,,
*
Federico Al-Salam : update je status mcm ..."sedang ber YM dengan Aaron Aziz.." pastu anda tertarik...
*
DnQarinah Abdullah : senyum adalah ubat paling tepat sekali....
*
Dianah Awang : smile jeee :)
*
Mohd Hazwan Che Hassan : buat xtau je...yang paling penting senyum selalu...
*
Ir Fazlly : tengok astro ceria....... hahahha
*
Yuz Ank Nan : snyum lau pn owg kter kte giler...^^
*
Choneun Loverhollic : 'Cik Sara' mkn smp lebam....
*
Murshidah Masod : suruh kawan kita wat lawak x pon suruh dia geletek ketiak kita sure ceria...
*
Fadzlina Nawi : kita yg ada problem...ape nk pastikn lg...kau nk senyum pn dgn sape???prg laen pun ada problem..jgn nk sibuk senyum...kalau dgn senyum blh settle ke problem korang???
*
Azman Mustofai : on ceria dan hntar ke 999
*
Remie Black : xpyah laa fkir sl problem2..kn cria je..cm astro cria 2..hahaha
*
Liza Razak : ingat je hidup mana yang tak ada masalah. anggap je masalah tu nak buat kita lebih jadi matang. pastu,nak ceria lagi. makan makan makan. hahahahahaha!!!
*
Zaero Zack : hadapi dgn senyuman..
*
Remie Black : n jgn lpe solat 5 waktu...
*
Ee Notta : solat jgn lpe..mnx pada-Nye semoga ditenagkan aty..dan hadpinye dgn penuh sbr n smile.:)
*
JK photography : jangan lupa cara nak senyum...
*
Exora Tora : senyum,lupakan msalah yg dhadapi...pastu pikir la perkara yg melucukan cri idea nk wat pkara lcu supaya ati jd senang...
*
ﺴﻴﺘﻲ ﻨﻭﺭﺠﺎﺘﻴﻜﺴﻭﻤﺎ : Bear in mind that Allah always be by our side.
*
Nor Suzilawati : lyan citer lwak2..
*
Fainor Mufakirin : Senyum selalu !
*
Noor Amirul Fikri : sronok le main kat TAMAN pemainan
*
Muhai Min : solat dan baca kitab AlQuran
*
Noraida Eyda Ismail : baca majalah UJANG...
Petua sentiasa ceria antaranya:-
1. Patuh perintah Allah
-Jika hati dan ingat kita sentiasa bersama jalan Allah.. sudah tentu kita jua sentiasa dalam ingatan dan rahmat Allah
2. Berdoa untuk ceria
- Doa dan terus sematkan semangat
3. Memaafkan semua orang sebelum tidur
- Tiada dendam seperti melupakan masalah remeh.
4. Programkan minda sebelum tidur
- Amat penting supaya apabila terjaga kita terus rasa ceria.
5. Senyum dan berdoa selepas bangun tidur
- Ini memang penting. Senyum itu senjata utk kemurungan. Senyumlah, pasti dunia akan tersenyum bersamamu.
6. Memakai warna yang sesuai dengan naluri.
- Pilihlah warna kesukaan kita hari tu. Apabila kita selesa, keceriaan akan terpancar.
7. Memilih butang-butang ceria
- Maknanya melakukan apa yang disenangi. Contohnya menelefon ibu bapa, minum minuman kegemaran, melihat pemandangan yang indah, memerhatikan ikan di akuarium, mendengar muzik dan membaca al-quran. Jangan memilih sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.
8. Membuat kerja sebaik mungkin
- Berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang boleh mempengaruhi mood anda.
9. Menggembirakan orang lain
- Menggembirakan orang lain adalah salah satu sifat yang akan menggembirakan diri sendiri apabila kita melihat orang lain ceria kerana kita.
10. Menjaga kesihatan
- Yalah, jika sakit sudah tentu mempengaruhi mood kita.
11. Mencari strategi untuk ceria
- Sentiasa fikirkan dan mencari perkara yang menceriakan kita.
12. Masalah itu...Bukan masalah sangat!
- Jangan terlalu memikirkan. Apabila tenang, setiap masalah itu dapat kita fikirkan dengan baik dan tindakan kita akan lebih adil dan teratur.
13. Tidak semestinya menang setiap masa
- Sentiasa bersikap tolak-ansur juga mengakui kesilapan sendiri. Jangan ego dan sentiasa hendak menang walaupun memang ternyata kesilapan kita. Perkataan minta maaf kepada orang lain itu adalah antara kunci memaafkan diri sendiri.
14. Selaraskan matlamat
- Tahu apa yang kita lakukan. Setiap perlakuan kita ada arah tujuannya.
15. Perbandingan betul
- Sentiasa berfikiran positif. Jangan tidak adil atau terpengaruh dengan pemikiran negetif yang hanya akan merosakkn pemikiran kita.
16. Memupuk persahabatan
- Ingatlah musuh senang dicari. Oleh itu terus pupuk persahabatan antara anda dan orang lain. Jika ada memusuhi anda, berdoalah semuga Allah menjadikan mereka sahabat anda yang paling baik kelak.
17. Menerima diri seadanya tanpa syarat
- Kenali diri anda dan kemampuan anda. Jangan terlalu set sesuatu matlamat itu melampaui keupayaan anda. Setkan matlamat anda berperingkat. Capainya terlebih dahulu dan kemudian set kan matlamat yang lebih tinggi.
18. Buka minda untuk maklumat baru
- Jangan terlalu terkongkong dengan matlamat lama sahaja atau matlamat yang tidak berjaya dicapai. Setiap matlamat anda hendaklah ada jalan kedua sebagai pilihan. Sekiranya tidak berjaya juga, jangan putus asa, buka minda dan set matlamat baru.
19. “Betapa penting kamu bagiku”
- Hargai dan sayangi diri sendiri. Jangan sesekali mengutuk diri sendiri. Anda BOLEH.
20. Tekaan positif jika tidak pasti
- Jika anda menghadapi keraguan dalam sesuatu perkara, pilihlah untuk memikirkan yang positif, yang terbaik untuk anda. Jangan fikirkan yang negatif.
21. Rutin harian yang fleksibel
- Jangan terlampau terikat dengan jadual anda. Pastikan antara jadual harian anda itu diselitkan dengan rutin harian yang anda sukai.
22. Jangan cakap saja, tapi buat!
- Berdasarkan semua perkara di atas.. jom segera kita lakukan dan amalkan. InsyaAllah, rakan-rakan semua akan sentiasa.... CERIA. Disenangai dan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.
RUMUSAN :-
1- Hadiahkan kepada semua orang seulas senyuman yang paling iklas dan bermakna.
2- Senyum itu sedekah...Rebutlah peluang ini sepantas mungkin!
3- Awasilah senyuman kita kepada ajnabi (bukan mahram) agar tidak menjadi fitnah yang lebih berat.
4- Doa memainkan peranan penting untuk kita sebagai hamba yang lemah meminta dan merayu kepada Allah Yang Agung.
5- Gerakkan otak supaya sentiasa berfikir strategi-strategi untuk sentiasa ceria.
6- Ceria amat perlu dalam diri semua insan.
7- Keceriaan adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Dengan mengambil kira bagaimana untuk ceria di sisi Islam, jiwa kita akan berasa lebih tenang dan bahagia kerana telah berusaha mengkaji satu ilmu Allah antara berjuta-juta ilmu Allah yang maha luas ini.
Sisi Azie Hassan
Co-Founder OHMediaFM.
TERUSKAN MENYOKONG RADIO KITA
RADIO BRAND OHMEDIA NETWORK (www.ohmedia.my)
Facebook : http://www.facebook.com/ohmedianetwork
http://ohmedia.fm/chat/ <--- click untuk dengar + chatting
http://ohmedia.fm/permintaan-lagu/ <--- click untuk permintaan lagu
Facebook untuk di redah : http://www.facebook.com/ohmediafm
